Popular Posts

Wednesday, July 16, 2014

Sleep Paralysis (Lumpuh Ketika Tidur)

Haaaaa.... Sapa penah mengalami masa kita dah tido, pastu kita rasa mcm kita masih sedar, kita leh tgk pemandangan dlm bilik kita, tp kita x mampu nk gerakkan badan, xleh nk bercakap atau nk mintak tlg. Biasanya pada masa tu, kita akan seolah2 nampak sesuatu yg menakutkan, rasa mcm ada benda pegang kita atau dengar sesuatu yg sebenarnya x wujud rasa ada benda hempap dada kita, buat kita ssh nk bernafas.. Dia punya ngerinya masa tu... Perrrrrggggg....


Dulu aku slalu lah kene.. now dah jarang.. So oleh kerana pernah terkena, aku pon dok mengGooglelah tuk mencari saintifik explaination tentang ape kebendanya dan nape benda tu jadi.. google punya google, aku pon jumpalah term Sleep Paralysis ni... so meh aku cerita sikit.. (nk tahu bnyk, gi google lah sndr.. huhu)

SLEEP PARALYSIS ni ialah keadaan dimana kita dlm situasi "antara tidur dan sedar", kita merasakan kita x mampu nak bergerak tuk beberapa saat atau minit. Ia merupakan transasi antara sedar dan rehat, yg mana pd masa ni, badan kita akan rasa lemah atau hilang kekuatannya (complete muscle atonia). sbb masa kita tido, otak kita 'shut off' signal yg dtg dari anggota badan / muscle kita, so that kita xkan bangun dan bertindak balas terhadap mimpi kita, ianya tuk mengelakkan kita dari mencederakan diri sendiri ketika tido. Ia juga dikaitkan dgn narcolepsy (ketidakupayaan otak mengawal kitaran tidur - sedar /sleep - wake cycle secara normal), migraine, anxiety disorder dan obstructive sleep apnea (gangguan saluran atas pernafasan). Tapi kadang2 ia juga bleh berlaku selain dari sebab2 tersebut... Masa Sleep Paralysis ni, kita akan berhalusinasi, seolah2 kita rasa atau dengar mcm ada sesuatu dlm rumah atau bilik kita, kita akan rasa takut yg amat, perasan yg bukan2, seolah2 ada benda hempap kita, peluk kita, pegang kita usik kita, ssh nk bernafas (dah takut, mmg lah kene panik attack lak) dan sebagainya, walhal xda apa pon.... Danggggggggg!!!!!!!!!

Bila Ia Terjadi?
Ok... dia akan jadi pada masa berikut (cewahhhh) :


  1. Ketika Nak Tidur (hypnagogic paralysis) - Bila kita nk terlelap tu, body kita akan relax. Biasanya kita xkan sedar, so kita xkan perasan perubahan tersebut. Tapi, kalo kita sedar bila kita nak terlelap tu, kita akan akan terasa yg kita takleh bergerak atau bercakap..
  2. Ketika Nak Terjaga Dari Tidur (hypnopompic paralysis) - Masa kita tidur, cycle tido kita akan bertukar antara REM dan NREM (75% dari tidur kita ialah dlm keadaan NREM). Ketika NREM sleep ni, badan kita akan berada dlm keadaan relax or rehat sepenuhnya dan restore balik badan kita. Pas abis NREM ni, dia akan tukar kpada REM lak... So masa ni kita akan bermimpi, tp body kita still dlm keadaan relax. Smua anggota badan kita dlm keadaan 'turn off' masa ni. Tp kalo tiba2 kita tersedar ketika kita dlm REM Sleep ni, haaaa.... tu yg kita rasa badan kita xleh bergerak and kita xleh bercakap



Sebab2 Berlakunya Sleep Paralysis
Macam2 sebab.. Tp faktor2 yg bleh meningkatkan risiko berlakunya Sleep Paralysis ni :

  1. Umur - Lebih kerap berlaku kepada remaja dan golongan muda
  2. Kurang Tidur - Ia lebih kerap berlaku kpd mereka yg kurang tidur
  3. Masa TIdur yg tak Menentu - Org yg mungkin keje shif ker dan tidur x tentu masa
  4. Masalah Mental - Bleh disebabkan oleh stress, bipolar or anxiety disorder
  5. migraine,
  6. obstructive sleep apnea
  7. Keturunan - Bleh gak disebabkan dlm keluarga kita ada yg memang ada Sleep Paralysis ni
  8. narcolepsy
  9. krem kaki waktu malam 
  10. Pengambilan Ubat tertentu
  11. Perubahan aktiviti harian - maybe biasanya kita g keje blk keje g skolah blk skolah, skali ada ari yg tiba2 kita dok g berjalan sakan treasure hunt ker, road trip ker
  12. Kepenatan Melampau - tah hapa yg kita buat siang tu spi mlm jd penat.. haaa... tu yg tido terganggu..

Adakah Sleep Paralysis Bahaya?
Ia bukanlah satu masalah kesihatan yang series. Menurut kajian, Sleep Paralysis ni adalah tanda yg mana badan kita tidak bergerak dgn lancar ketika dlm tidur. Tu jek... Cuma, Kalo ianya berterusan, kerap dan mengakibatkan keadaan berikut, maybe kita kene dptkan nasihat pakar:

  1. Mengganggu aktiviti harian kita
  2. Buat kita terjaga sepanjang malam
  3. buat kita rasa berdebar dan x selesa sepanjang hari
  4. Buat kita rasa letih dan penat diwaktu siang
Bagaimana Untuk Bangun dari Sleep Paralysis?
  1. Tenangkan Diri - Jangan takut (memang agak susah untuk x takut dlm keadaan ni). Coz bila kita takut, otak kita lg akan membayangkan yang bukan2... biasalah, otak manusia kannnn...
  2. Jangan Melawan - Coz lagi kita melawan, lagi kita akan rasa kita xleh bergerak and seolah2 kene hempap, dan ia jugak akan buatkan kita lg bertambah takut
  3. Set Kan Minda - Bila Sleep Paralysis nk jadi jek, relax, setkan kt dlm otak kita "OK.. NI SLEEP PARALYSIS JEK, XDA APA PUN, NANTI OK LAH NI". So bila kita setkan minda mcm tu, ia akan membantu kita lebih relax and tenang, follow flow Sleep Paralysis sehingga REM kita abis, pastu kita leh bangun semula seperti biasa
  4. Gerakkan Jari - Cuba gerakkan sikit keatas dan kebawah jari tangan dan kaki, sikit2.. Maybe ia bleh membantu tuk bagi kita sedar.
  5. Kawal Pernafasan - Pastikan kita tarik nafas and hembus nafas pada kadar normal or biasa. Kawalan pernafasan bleh membantu mengawal rasa takut kita. Tarik hembus tarik hembus
  6. Fikir or bayangkan benda yang buat kita happy- Bila kita alihkan fikiran kita kepada sesuatu yang boleh buat kita happy or senyum, rasa takut akan ilang, dan kita xkan fikir tentang benda2 yang menakutkan during Sleep Paralysis tu. Yang mana ini juga sedikit sebanyak akan membantu kita sedar dari sleep paralysis tersebut.
  7. Bantuan Dari Mereka Yang Tidur Di Sebelah - x kiralah suami ker isteri ker adik kakak abang ayah emak dah sapa2 jek peneman tido tu. Bgtau mereka yg kita slalu terkena Sleep Paralysis ni. So pesan kt diaorg bila kita start merengus, mengerang or berfapas dgn laju ketika tido, kejutkan kita.. so kita akan bgn..
  8. Cuba bg 'signal' kt org sblh kita - mmg kita xleh bercakap dlm keadaan ni. But tuk sesetengah org, mereka blh kluarkan perkataan yg simple or mengerang masa Sleep Paralysis. Cuma kene berusaha sikit lah.

Term Sleep Paralysis Di Seluruh Dunia

Setiap negara ada term and definasi sendiri ttg sleep paralysis ni. Pokok pangkalnya, smua org kt dunia ni akan mengalami keadaan ni.. kalo kita google, kita leh tgk lah apa definasi diaorg. So kalo kita ialah slh sorg yg pernah mengalami Sleep Paralysis ni, jgn rasa mcm diri tu teruk or tertekan or pelik. Sbb its normal for everyone.. ok????

Haaa... tu jek lah... tuk maklumat lanjut n lebih mendalam, g lah menggoogle psl ni.. ia akan membantu anda tuk lebih memahami keadaan tersebut and membantu kita tuk mengatasi rasa takut melampau if kita memgalaminya nnt.. 

Aku pon bkn lah hebat sgt psl benda ni. Sekadar berkongsi maklumat sikit2 jek dr apa yg aku baca.. kalo kene kt aku tu, aku ttp takut gak.. bkn sng nk overcome perasaan tu.. muahahahaha... but atleast kita cuba.. 

Slamat Mencuba... bye... (Penat)

Ps : korng leh gak g kt link bwh ni:

Sunday, June 15, 2014

You Are The Average Of 5 People You Spend Most Time With

Bak Kata Rim John : 
 “You are the average of the five people you spend the most time with.” – Jim Rohn

Haaaa... Kali ni aku mcm terpanggil nk bercerita ttg BAGAIMANA ORANG KELILING KITA MEMPENGARUHI KEJAYAAN HIDUP KITA..

Baca punya baca kt tenet, berdasarkan bermacam resources, maka konklusinya ialah; org sekeliling kita akan mempengaruhi bagaimana cara kira berfikir, cara kita bawak diri, perilaku kita, and how successful kita akan jd dlm idup kita..  Tak kiralah betapa hebat pon kita, brapa pandai pon kita, betapa berpengalaman pon kita, dari mana asal usul kita,  apa cara pemakanan kita (ehhh.. tiba2 lak..). Apa yg penting kalo kita nk berjaya ia bergantung pada dgn sapa kita bergaul. 

Kalo kita dikelilingi dan bergaul dgn orang2 yang berjaya, yg berfikiran positif dan percaya bahawa mereka yg bertanggungjawap terhadap kehidupan mereka, maka kita akan menjadi org yg proaktif dan berusaha untuk membentuk kehidupan kita. Cara pemikiran dan perilaku kita akan terikut2 dan terpengaruh dgn cara mereka. Dah katanya dok hang out and menghabiskan masa dgn org2 yg berjaya ni, dah tentu mereka akan bercerita ttg kejayaan mereka, mcm mana mereka bleh jd berjaya, apa yg mereka buat, so secara x langsung kita berlajar, jadikan mereka contoh, dan automatik kita akan cuba nk 'match' kan cara pemikiran and cara kehidupan kita dgn mereka. Siapa yg xnk jd insan yg berjaya, ye dak???? 

  Sebaliknya Kalo kita menghabiskan masa kita bergaul dgn org2 yg pesimis (org yg berfikiran negatif), yg menganggap smua benda dlm dunia ni x betul and xnk bertanggungjawab terhadap kehidupan sendiri, menganggap apa yg berlaku dlm kehidupan mereka adalah diluar kawalan mereka, seolah2 nothing yg mereka bleh buat tuk mengubah or memperbaiki keadaan, meletakkan smua tanggungjawab kpd org lain (menyalahkan org lain terhadap apa yg berlaku dlm idup mereka), itu x betul, ini x betul, dok complain sana sini jek, xmau gunakan masa yg ada tuk perbaiki diri, pengaruh org lain tuk sama2 berfikiran negatif mcm mereka,  maka dgn itu, lama kelamaan cara pemikiran dan perilaku kita akan berubah terikut2 jd seperti mereka.. Walopon pada asalnya kita adalah org yg positive. 

Haaaaa... kan???? So... cuba kita lihat kwn2 yg rapat dgn kita.. Kdg2 bkn stakat cara pemikiran, sebaliknya minat, cara pemakanan, ada gak yg cara pemakain pun cam lebih kurang sama.. hahahahahahah... x banyak sikit mesti akan ada yg ala2 sama.. ekekekekekek.... 

Kadang2 ada gak bila kwn resign, dia pon nk resign (pastu menyesal). Kdg2 kawan bli keta baru, dia pon nk bli keta baru. Kawan bli baju baru, dia pon akan bli baju baru. Kwn bli umah baru, dia pon akan bli umah baru.. Kawan berjaya, dia pon akan berusaha tuk berjaya. kalo kawan x pedulik pasal apa nk jd dlm idup (konon konsep follow the flow lah tu) then dia pon akan jd x pedulik psl apa nk jd dgn idup dia. kalo kawan bnyk abiskan masa n duit dok holiday sana sini, dia pon akan sama gi holiday sana sini (pastu ongkos abis). Kalo kawan bnyk duit, dia pon akan usaha spi dia sama dpt bnyk duit.. sampaikan kalo kawan kawen, dia pon nk kawen.. hahahaha... 

So that's why kita kene pilih baik2 dgn sapa kita nk bergaul.. bkn lah katanya kita akan 'filter' smua org keliling kita dan ketepikan mereka.. cuma, pandai2 lah.. kita juga sebagai individu, kene tunjukkan contoh kehidupan yang baik and sentiasa berfikiran POSITIVE, sbb cara kehidupan kita juga akan mempengaruhi pemikiran, tingkah laku dan cara kehidupan org yg rapat dgn kita coz:

 You are the average of the five people you spend the most time with, including yourself”. - (Quotes From Personal Excellence)