Popular Posts

Saturday, April 9, 2011

Punca2 Tsunami; Tahukah anda?













TSUNAMI yg agak kerap berlaku kebelakangan ni amat menakutkan dan menyentuh hati, kan... hem.... so aku buat la beberapa research ttg punca berlakunya Tsunami ni... ni info sikit2 la yg aku tau n sempat tulis... huhuhuhuh.... meh share info...   

Apa punca Tsunami?
Tsunami ialah ombak besar yang disebabkan oleh pergerakan tiba2 @ drastik pada dasar laut... Pergerakan dasar laut ini bleh berlaku disebabkan oleh Gempa Bumi, Tanah runtuh, Letusan gunung berapi yg kuat, dan hentaman komet ke dasar laut. Gelombang Tsunami ni plak bergerak merentasi lautan terbuka pada kadar kelajuan yg teramatlah lajunyer, dan ini mewujudkan ombak besar yg merbahaya di tepi pantai yg cetek. 

1. Gempa Bumi
ni adalah apa yg biasanya menyebabkan Tsunami. Gerakan berlaku pada zon terbenam "subduction zones" di mana kerak bumi @ "lithosphere" yg juga dikenali sbg plat tektonik bergerak melepasi antara 1 sama lain, bertembung sesama sendiri dan plat itu terbenam di bawah satu lagi plat yg lain (subduction). bila kepingan kerak bumi tu terbenam kedasar, pergerakannya jd tersekat2 - melekat sekejap pastu tergelincir. Bila ia terlekat pada tebing benua, tekananpun terhasil. Bila kawasan yg terlekat td terbebas, sebahagian daripada dasar laut plak melantun naik smula; sementara bahgian lain mungkin tenggelam. so ini mengakibatkan dasar lautan dengan tiba-tiba berubah kedudukan dan keseimbangannya serta menyebabkan air berkocak kuat. Gelombang akan terhasil dari prubahan jisim air, yang bertindak dibawah pengaruh graviti yang cuba untuk mengembalikan keseimbangan kedudukannya, mengakibatkan gelombang @ gerakan berombak di permukaan laut kawasan tersebut maka tsunami pun terhasil.. paham??? (kalo x phm, phm2kan la) huhhuhuhu.....Biasanya, gempa bumi berukuran sekurang kurangnya 7.5 skala rikter baru akan menghasilkan satu Tsunami pemusnah (ni yg biasa blaku di Asia Selatan)... wohooooo.... kalo gempa kecik2 ni x sgt la...

2. Tanah runtuh
kesan drpd runtuhan batu, runtuhan ais, @ runtuhan tanah dan mendapan scara tiba2 pd dasar laut, blh menyebabkan perubahan kedudukan air dan membentuk tsunami. Biasanya runtuhan tanah yg mengakibatkan tsunami ni adalah bpunca dr gempa bumi. Contoh mcm ape yg blaku di Selatan Perancis pada tahun 1980-an (nk tau lbh, g la Google)

3. Letupan @ Letusan Gunung Berapi
walaupun jarang belaku, letusan gunung berapi yg kuat blh menyebabkan perubahan kedudukan & keseimbangan air dgn mendadak. keadaan ni biasanya berlaku di Lautan Pasifik yg berada di kawasan “Ring of Fire” (dkt dgn Hawaii, g la Google). Tsunami terburuk blaku akibat Gunung berapi adalah pada 26.08.1883, yg mana meletusnya gunung berapi Krakatau di Indonesia. Ledakan ni menghasilkan ombak setinggi 135 kaki, memusnahkan bandar2 dan kampung2 di sepanjang pantai Selat Sunda ; Pulau Jawa dan Sumatera, membunuh 36,417 orang.

3. Hentaman Komet ke Dasar Laut

Tsunami yg dsebabkan asteroid, meteor, komet ni mmg ssh nk berlaku la. Belum pernah ada lg rekod tsunami berlaku dsebabkan komet ni... Tp para saintis percaya, kalau la komet ni jatuh ke dasar laut, perubahan kedudukan n keseimbangan air yg besar pasti berlaku dan membentuk tsunami. Para saintis tlah mbuat pengiraan, kalau la asteroid @ komet sebesar 5 - 6km diameter jatuh @ mhentam dasar laut besar spt Lautan Atlantik, akan terhasillah tsunami yg mampu bergerak ke Banjaran Appalachian di bahagian atas dua-pertiga dari Amerika Syarikat.


banyak lg citer n info psl tsunami ni... kita leh Google gak.... kita kena tau sedikit sebanyak la psl ni sbb negara kita pun pernah dlanda tsunami... mcm2 bencana alam blaku skrg... tempias gempa pun negara kita pernah rasakan... smua ni meningkatkan risiko blaku bmacam2 bencana lain pd masa akan dtg... plat bumi semakin beralih n kedudukan bumi beranjak... kita tentu x dpt elakkan benda ni dr blaku, x kira la apa pun yg kita lakukan. tp, sekurang kurangnya pemahaman ttg bencana2 ini dan persediaan awal menghadapinya, mungkin dpt meminimakan kesan n impaknya kelak...


ha... tu je la... penat plak.... bubuy...


Medeena

Tuesday, April 5, 2011

the decisions that we made for our own good may hurt others.. but......

hemmm..... well... hard to say la... kdg2 dlm idup ni, kita terpaksa buat sesuatu kputusan yg sukar... lebih2 lg bila terpaksa memilih antara "diri sendiri" @ "org lain"

bagaimana kalau kputusan @ tindakan yg kita buat utk kebaikan n kepentingan diri kita sendiri adalah suatu kputusan @ tindakan yg hanya akan memalukan, menjatuhkan maruah, menyakiti hati n perasaan org lain @ org yg rapat dgn kita @ org2 yg banyak membantu kita?

kalau kita pilih diri kita, kita akan dikatakan "selfish" "x kenang budi, lupa diri, lupa daratan, x jaga ati kwn2" dan mcm2 la.... sedangkan budi dan bantuan yg ditabur oleh mereka sebelum ni sudahpun kita balas semula dengan budi n bantuan yg kita beri kepada mereka... masih tidak cukupkah?

but if kita memilih untuk terus menjaga hati dan perasaan org lain, bagaimana dgn diri kita? sanggupkan kita korbankan kebahagiaan, masa depan, masa, duit, kerjaya, dan sebagainya semata mata utk menjaga hati org? hanya utk memuaskan hati mereka? hanya utk memenuhi kehendak mereka? adakan mereka lebih penting dr diri kita sendiri? dan sampai bila sanggup kita jd begini?

ape yg aku nk ckp kt sini ialah, mcm mane nk buat kptsn yg adil? kira "win - win situation" la.... hem... susah, kan... pening... 

argggg..... bukan kita x kenang jasa mereka, cuma.... kita terpaksa buat kputusan yg terbaik utk diri sendiri... bukan sebab kita benci mereka ke, marah ke, ape ke, xda... mereka memang baik, bagus, perfect, n slalu membantu kita (walaupun kadang2 mereka beri janji yg x pasti), tapi kita tau mereka akan cuba yg terbaik utk kotakan janji mereka (walaupun kadang2 delay.. hahhahhaha). cuma, sekarang, jika kita memilih utk menjaga kepentingan mereka, maka kita akan 'jatuh' tersembam di lantai, idup akan punah ranah n merana.  bagaimana? pada masa itu, tiada siapapun akan mampu membantu kita. bagaimana? masa depan kita akan hancur sama sekali. bagaimana?

Jadi, saat ini, jika kita terpaksa memilih "diri sendiri", kiranya lebih baik n adil, kan? ala2 bak kata kawan aku sorg ni la, die kata ni rambo yg kata "kill @ be killed"... huhuhhuu.... maaf sgt2... xda niat  tuk menyakiti hati sesapa, but, keputusan perlu dilakukan... jadi bagi pendapat aku, kita perlulah pilih "diri sendiri". kerana masa depan dan hala tuju kita ditentukan oleh diri kita sendiri. mmg kita memerlukan orang sekeliling tuk membantu kita berjaya, tp kejayaan juga besenarnya lebih bergantung kpd diri kita sendiri.... 

ok la... sekian sahaja bebelan aku buat kali ini....

selamat malam...