Popular Posts
-
Haaaaa.... Sapa penah mengalami masa kita dah tido, pastu kita rasa mcm kita masih sedar, kita leh tgk pemandangan dlm bilik kita, tp kita x...
-
Pernah x korg rasa gelisah terhadap sesuatu, obses @ ketaksuban melampau terhadap sesuatu yg cam x masuk akal? anda cuci tangan berkali2, da...
-
Bak Kata Rim John : “You are the average of the five people you spend the most time with.” – Jim Rohn Haaaa... Kali ni aku mcm ter...
-
hah... ni nk bcakap psl benda yg ala2 series x series sgt la... nk ckp psl Kaki Kutuk Terlampau (KKT)... nk ckp in general la... bkn nk tuju...
-
hemmmmm..... aku x brani nk cakap banyak... just nk share info yg aku dpt dari beberapa sumber bahawa pada 9 Julai ni beberapa jalan masuk k...
-
hem.... da lama aku x menulis kt sini... but malam buta ni da xleh tido n teringat cerita yg aku dgr beberapa ari lalu, aku tpanggil tuk men...
-
TSUNAMI yg agak kerap berlaku kebelakangan ni amat menakutkan dan menyentuh hati, kan... hem.... so aku buat la beberapa resear...
-
hemmm..... well... hard to say la... kdg2 dlm idup ni, kita terpaksa buat sesuatu kputusan yg sukar... lebih2 lg bila terpaksa memilih antar...
-
Maksud stress Stress adalah reaksi tubuh terhadap perubahan yang memerlukan penyesuaian @ tindakbalas fizikal , mental @ ...
-
Hahhaahahahha... hai... pekabo smue? hihihihihi.... aku da lame da ade blog ni, but x penah update ape2... xde mase la bz sgt... terlalu ban...
Saturday, April 9, 2011
Punca2 Tsunami; Tahukah anda?
TSUNAMI yg agak kerap berlaku kebelakangan ni amat menakutkan dan menyentuh hati, kan... hem.... so aku buat la beberapa research ttg punca berlakunya Tsunami ni... ni info sikit2 la yg aku tau n sempat tulis... huhuhuhuh.... meh share info...
Apa punca Tsunami?
Tsunami ialah ombak besar yang disebabkan oleh pergerakan tiba2 @ drastik pada dasar laut... Pergerakan dasar laut ini bleh berlaku disebabkan oleh Gempa Bumi, Tanah runtuh, Letusan gunung berapi yg kuat, dan hentaman komet ke dasar laut. Gelombang Tsunami ni plak bergerak merentasi lautan terbuka pada kadar kelajuan yg teramatlah lajunyer, dan ini mewujudkan ombak besar yg merbahaya di tepi pantai yg cetek.
1. Gempa Bumi
ni adalah apa yg biasanya menyebabkan Tsunami. Gerakan berlaku pada zon terbenam "subduction zones" di mana kerak bumi @ "lithosphere" yg juga dikenali sbg plat tektonik bergerak melepasi antara 1 sama lain, bertembung sesama sendiri dan plat itu terbenam di bawah satu lagi plat yg lain (subduction). bila kepingan kerak bumi tu terbenam kedasar, pergerakannya jd tersekat2 - melekat sekejap pastu tergelincir. Bila ia terlekat pada tebing benua, tekananpun terhasil. Bila kawasan yg terlekat td terbebas, sebahagian daripada dasar laut plak melantun naik smula; sementara bahgian lain mungkin tenggelam. so ini mengakibatkan dasar lautan dengan tiba-tiba berubah kedudukan dan keseimbangannya serta menyebabkan air berkocak kuat. Gelombang akan terhasil dari prubahan jisim air, yang bertindak dibawah pengaruh graviti yang cuba untuk mengembalikan keseimbangan kedudukannya, mengakibatkan gelombang @ gerakan berombak di permukaan laut kawasan tersebut maka tsunami pun terhasil.. paham??? (kalo x phm, phm2kan la) huhhuhuhu.....Biasanya, gempa bumi berukuran sekurang kurangnya 7.5 skala rikter baru akan menghasilkan satu Tsunami pemusnah (ni yg biasa blaku di Asia Selatan)... wohooooo.... kalo gempa kecik2 ni x sgt la...
2. Tanah runtuh
kesan drpd runtuhan batu, runtuhan ais, @ runtuhan tanah dan mendapan scara tiba2 pd dasar laut, blh menyebabkan perubahan kedudukan air dan membentuk tsunami. Biasanya runtuhan tanah yg mengakibatkan tsunami ni adalah bpunca dr gempa bumi. Contoh mcm ape yg blaku di Selatan Perancis pada tahun 1980-an (nk tau lbh, g la Google)
3. Letupan @ Letusan Gunung Berapi
walaupun jarang belaku, letusan gunung berapi yg kuat blh menyebabkan perubahan kedudukan & keseimbangan air dgn mendadak. keadaan ni biasanya berlaku di Lautan Pasifik yg berada di kawasan “Ring of Fire” (dkt dgn Hawaii, g la Google). Tsunami terburuk blaku akibat Gunung berapi adalah pada 26.08.1883, yg mana meletusnya gunung berapi Krakatau di Indonesia. Ledakan ni menghasilkan ombak setinggi 135 kaki, memusnahkan bandar2 dan kampung2 di sepanjang pantai Selat Sunda ; Pulau Jawa dan Sumatera, membunuh 36,417 orang.
3. Hentaman Komet ke Dasar Laut
Tsunami yg dsebabkan asteroid, meteor, komet ni mmg ssh nk berlaku la. Belum pernah ada lg rekod tsunami berlaku dsebabkan komet ni... Tp para saintis percaya, kalau la komet ni jatuh ke dasar laut, perubahan kedudukan n keseimbangan air yg besar pasti berlaku dan membentuk tsunami. Para saintis tlah mbuat pengiraan, kalau la asteroid @ komet sebesar 5 - 6km diameter jatuh @ mhentam dasar laut besar spt Lautan Atlantik, akan terhasillah tsunami yg mampu bergerak ke Banjaran Appalachian di bahagian atas dua-pertiga dari Amerika Syarikat.
banyak lg citer n info psl tsunami ni... kita leh Google gak.... kita kena tau sedikit sebanyak la psl ni sbb negara kita pun pernah dlanda tsunami... mcm2 bencana alam blaku skrg... tempias gempa pun negara kita pernah rasakan... smua ni meningkatkan risiko blaku bmacam2 bencana lain pd masa akan dtg... plat bumi semakin beralih n kedudukan bumi beranjak... kita tentu x dpt elakkan benda ni dr blaku, x kira la apa pun yg kita lakukan. tp, sekurang kurangnya pemahaman ttg bencana2 ini dan persediaan awal menghadapinya, mungkin dpt meminimakan kesan n impaknya kelak...
ha... tu je la... penat plak.... bubuy...
Medeena
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment