Popular Posts

Wednesday, July 16, 2014

Sleep Paralysis (Lumpuh Ketika Tidur)

Haaaaa.... Sapa penah mengalami masa kita dah tido, pastu kita rasa mcm kita masih sedar, kita leh tgk pemandangan dlm bilik kita, tp kita x mampu nk gerakkan badan, xleh nk bercakap atau nk mintak tlg. Biasanya pada masa tu, kita akan seolah2 nampak sesuatu yg menakutkan, rasa mcm ada benda pegang kita atau dengar sesuatu yg sebenarnya x wujud rasa ada benda hempap dada kita, buat kita ssh nk bernafas.. Dia punya ngerinya masa tu... Perrrrrggggg....


Dulu aku slalu lah kene.. now dah jarang.. So oleh kerana pernah terkena, aku pon dok mengGooglelah tuk mencari saintifik explaination tentang ape kebendanya dan nape benda tu jadi.. google punya google, aku pon jumpalah term Sleep Paralysis ni... so meh aku cerita sikit.. (nk tahu bnyk, gi google lah sndr.. huhu)

SLEEP PARALYSIS ni ialah keadaan dimana kita dlm situasi "antara tidur dan sedar", kita merasakan kita x mampu nak bergerak tuk beberapa saat atau minit. Ia merupakan transasi antara sedar dan rehat, yg mana pd masa ni, badan kita akan rasa lemah atau hilang kekuatannya (complete muscle atonia). sbb masa kita tido, otak kita 'shut off' signal yg dtg dari anggota badan / muscle kita, so that kita xkan bangun dan bertindak balas terhadap mimpi kita, ianya tuk mengelakkan kita dari mencederakan diri sendiri ketika tido. Ia juga dikaitkan dgn narcolepsy (ketidakupayaan otak mengawal kitaran tidur - sedar /sleep - wake cycle secara normal), migraine, anxiety disorder dan obstructive sleep apnea (gangguan saluran atas pernafasan). Tapi kadang2 ia juga bleh berlaku selain dari sebab2 tersebut... Masa Sleep Paralysis ni, kita akan berhalusinasi, seolah2 kita rasa atau dengar mcm ada sesuatu dlm rumah atau bilik kita, kita akan rasa takut yg amat, perasan yg bukan2, seolah2 ada benda hempap kita, peluk kita, pegang kita usik kita, ssh nk bernafas (dah takut, mmg lah kene panik attack lak) dan sebagainya, walhal xda apa pon.... Danggggggggg!!!!!!!!!

Bila Ia Terjadi?
Ok... dia akan jadi pada masa berikut (cewahhhh) :


  1. Ketika Nak Tidur (hypnagogic paralysis) - Bila kita nk terlelap tu, body kita akan relax. Biasanya kita xkan sedar, so kita xkan perasan perubahan tersebut. Tapi, kalo kita sedar bila kita nak terlelap tu, kita akan akan terasa yg kita takleh bergerak atau bercakap..
  2. Ketika Nak Terjaga Dari Tidur (hypnopompic paralysis) - Masa kita tidur, cycle tido kita akan bertukar antara REM dan NREM (75% dari tidur kita ialah dlm keadaan NREM). Ketika NREM sleep ni, badan kita akan berada dlm keadaan relax or rehat sepenuhnya dan restore balik badan kita. Pas abis NREM ni, dia akan tukar kpada REM lak... So masa ni kita akan bermimpi, tp body kita still dlm keadaan relax. Smua anggota badan kita dlm keadaan 'turn off' masa ni. Tp kalo tiba2 kita tersedar ketika kita dlm REM Sleep ni, haaaa.... tu yg kita rasa badan kita xleh bergerak and kita xleh bercakap



Sebab2 Berlakunya Sleep Paralysis
Macam2 sebab.. Tp faktor2 yg bleh meningkatkan risiko berlakunya Sleep Paralysis ni :

  1. Umur - Lebih kerap berlaku kepada remaja dan golongan muda
  2. Kurang Tidur - Ia lebih kerap berlaku kpd mereka yg kurang tidur
  3. Masa TIdur yg tak Menentu - Org yg mungkin keje shif ker dan tidur x tentu masa
  4. Masalah Mental - Bleh disebabkan oleh stress, bipolar or anxiety disorder
  5. migraine,
  6. obstructive sleep apnea
  7. Keturunan - Bleh gak disebabkan dlm keluarga kita ada yg memang ada Sleep Paralysis ni
  8. narcolepsy
  9. krem kaki waktu malam 
  10. Pengambilan Ubat tertentu
  11. Perubahan aktiviti harian - maybe biasanya kita g keje blk keje g skolah blk skolah, skali ada ari yg tiba2 kita dok g berjalan sakan treasure hunt ker, road trip ker
  12. Kepenatan Melampau - tah hapa yg kita buat siang tu spi mlm jd penat.. haaa... tu yg tido terganggu..

Adakah Sleep Paralysis Bahaya?
Ia bukanlah satu masalah kesihatan yang series. Menurut kajian, Sleep Paralysis ni adalah tanda yg mana badan kita tidak bergerak dgn lancar ketika dlm tidur. Tu jek... Cuma, Kalo ianya berterusan, kerap dan mengakibatkan keadaan berikut, maybe kita kene dptkan nasihat pakar:

  1. Mengganggu aktiviti harian kita
  2. Buat kita terjaga sepanjang malam
  3. buat kita rasa berdebar dan x selesa sepanjang hari
  4. Buat kita rasa letih dan penat diwaktu siang
Bagaimana Untuk Bangun dari Sleep Paralysis?
  1. Tenangkan Diri - Jangan takut (memang agak susah untuk x takut dlm keadaan ni). Coz bila kita takut, otak kita lg akan membayangkan yang bukan2... biasalah, otak manusia kannnn...
  2. Jangan Melawan - Coz lagi kita melawan, lagi kita akan rasa kita xleh bergerak and seolah2 kene hempap, dan ia jugak akan buatkan kita lg bertambah takut
  3. Set Kan Minda - Bila Sleep Paralysis nk jadi jek, relax, setkan kt dlm otak kita "OK.. NI SLEEP PARALYSIS JEK, XDA APA PUN, NANTI OK LAH NI". So bila kita setkan minda mcm tu, ia akan membantu kita lebih relax and tenang, follow flow Sleep Paralysis sehingga REM kita abis, pastu kita leh bangun semula seperti biasa
  4. Gerakkan Jari - Cuba gerakkan sikit keatas dan kebawah jari tangan dan kaki, sikit2.. Maybe ia bleh membantu tuk bagi kita sedar.
  5. Kawal Pernafasan - Pastikan kita tarik nafas and hembus nafas pada kadar normal or biasa. Kawalan pernafasan bleh membantu mengawal rasa takut kita. Tarik hembus tarik hembus
  6. Fikir or bayangkan benda yang buat kita happy- Bila kita alihkan fikiran kita kepada sesuatu yang boleh buat kita happy or senyum, rasa takut akan ilang, dan kita xkan fikir tentang benda2 yang menakutkan during Sleep Paralysis tu. Yang mana ini juga sedikit sebanyak akan membantu kita sedar dari sleep paralysis tersebut.
  7. Bantuan Dari Mereka Yang Tidur Di Sebelah - x kiralah suami ker isteri ker adik kakak abang ayah emak dah sapa2 jek peneman tido tu. Bgtau mereka yg kita slalu terkena Sleep Paralysis ni. So pesan kt diaorg bila kita start merengus, mengerang or berfapas dgn laju ketika tido, kejutkan kita.. so kita akan bgn..
  8. Cuba bg 'signal' kt org sblh kita - mmg kita xleh bercakap dlm keadaan ni. But tuk sesetengah org, mereka blh kluarkan perkataan yg simple or mengerang masa Sleep Paralysis. Cuma kene berusaha sikit lah.

Term Sleep Paralysis Di Seluruh Dunia

Setiap negara ada term and definasi sendiri ttg sleep paralysis ni. Pokok pangkalnya, smua org kt dunia ni akan mengalami keadaan ni.. kalo kita google, kita leh tgk lah apa definasi diaorg. So kalo kita ialah slh sorg yg pernah mengalami Sleep Paralysis ni, jgn rasa mcm diri tu teruk or tertekan or pelik. Sbb its normal for everyone.. ok????

Haaa... tu jek lah... tuk maklumat lanjut n lebih mendalam, g lah menggoogle psl ni.. ia akan membantu anda tuk lebih memahami keadaan tersebut and membantu kita tuk mengatasi rasa takut melampau if kita memgalaminya nnt.. 

Aku pon bkn lah hebat sgt psl benda ni. Sekadar berkongsi maklumat sikit2 jek dr apa yg aku baca.. kalo kene kt aku tu, aku ttp takut gak.. bkn sng nk overcome perasaan tu.. muahahahaha... but atleast kita cuba.. 

Slamat Mencuba... bye... (Penat)

Ps : korng leh gak g kt link bwh ni:

Sunday, June 15, 2014

You Are The Average Of 5 People You Spend Most Time With

Bak Kata Rim John : 
 “You are the average of the five people you spend the most time with.” – Jim Rohn

Haaaa... Kali ni aku mcm terpanggil nk bercerita ttg BAGAIMANA ORANG KELILING KITA MEMPENGARUHI KEJAYAAN HIDUP KITA..

Baca punya baca kt tenet, berdasarkan bermacam resources, maka konklusinya ialah; org sekeliling kita akan mempengaruhi bagaimana cara kira berfikir, cara kita bawak diri, perilaku kita, and how successful kita akan jd dlm idup kita..  Tak kiralah betapa hebat pon kita, brapa pandai pon kita, betapa berpengalaman pon kita, dari mana asal usul kita,  apa cara pemakanan kita (ehhh.. tiba2 lak..). Apa yg penting kalo kita nk berjaya ia bergantung pada dgn sapa kita bergaul. 

Kalo kita dikelilingi dan bergaul dgn orang2 yang berjaya, yg berfikiran positif dan percaya bahawa mereka yg bertanggungjawap terhadap kehidupan mereka, maka kita akan menjadi org yg proaktif dan berusaha untuk membentuk kehidupan kita. Cara pemikiran dan perilaku kita akan terikut2 dan terpengaruh dgn cara mereka. Dah katanya dok hang out and menghabiskan masa dgn org2 yg berjaya ni, dah tentu mereka akan bercerita ttg kejayaan mereka, mcm mana mereka bleh jd berjaya, apa yg mereka buat, so secara x langsung kita berlajar, jadikan mereka contoh, dan automatik kita akan cuba nk 'match' kan cara pemikiran and cara kehidupan kita dgn mereka. Siapa yg xnk jd insan yg berjaya, ye dak???? 

  Sebaliknya Kalo kita menghabiskan masa kita bergaul dgn org2 yg pesimis (org yg berfikiran negatif), yg menganggap smua benda dlm dunia ni x betul and xnk bertanggungjawab terhadap kehidupan sendiri, menganggap apa yg berlaku dlm kehidupan mereka adalah diluar kawalan mereka, seolah2 nothing yg mereka bleh buat tuk mengubah or memperbaiki keadaan, meletakkan smua tanggungjawab kpd org lain (menyalahkan org lain terhadap apa yg berlaku dlm idup mereka), itu x betul, ini x betul, dok complain sana sini jek, xmau gunakan masa yg ada tuk perbaiki diri, pengaruh org lain tuk sama2 berfikiran negatif mcm mereka,  maka dgn itu, lama kelamaan cara pemikiran dan perilaku kita akan berubah terikut2 jd seperti mereka.. Walopon pada asalnya kita adalah org yg positive. 

Haaaaa... kan???? So... cuba kita lihat kwn2 yg rapat dgn kita.. Kdg2 bkn stakat cara pemikiran, sebaliknya minat, cara pemakanan, ada gak yg cara pemakain pun cam lebih kurang sama.. hahahahahahah... x banyak sikit mesti akan ada yg ala2 sama.. ekekekekekek.... 

Kadang2 ada gak bila kwn resign, dia pon nk resign (pastu menyesal). Kdg2 kawan bli keta baru, dia pon nk bli keta baru. Kawan bli baju baru, dia pon akan bli baju baru. Kwn bli umah baru, dia pon akan bli umah baru.. Kawan berjaya, dia pon akan berusaha tuk berjaya. kalo kawan x pedulik pasal apa nk jd dlm idup (konon konsep follow the flow lah tu) then dia pon akan jd x pedulik psl apa nk jd dgn idup dia. kalo kawan bnyk abiskan masa n duit dok holiday sana sini, dia pon akan sama gi holiday sana sini (pastu ongkos abis). Kalo kawan bnyk duit, dia pon akan usaha spi dia sama dpt bnyk duit.. sampaikan kalo kawan kawen, dia pon nk kawen.. hahahaha... 

So that's why kita kene pilih baik2 dgn sapa kita nk bergaul.. bkn lah katanya kita akan 'filter' smua org keliling kita dan ketepikan mereka.. cuma, pandai2 lah.. kita juga sebagai individu, kene tunjukkan contoh kehidupan yang baik and sentiasa berfikiran POSITIVE, sbb cara kehidupan kita juga akan mempengaruhi pemikiran, tingkah laku dan cara kehidupan org yg rapat dgn kita coz:

 You are the average of the five people you spend the most time with, including yourself”. - (Quotes From Personal Excellence) 

Thursday, July 7, 2011

Senarai Laluan Yang Akan Ditutup Pada 9 Julai 2011

hemmmmm..... aku x brani nk cakap banyak... just nk share info yg aku dpt dari beberapa sumber bahawa pada 9 Julai ni beberapa jalan masuk ke KL akan ditutup... td masuk berita gak, tp aku x sempat tengok, akak aku yg tlg tengokkan... x jadi la plan aku nk g kuar g bli barang Sabtu ni... hadoiiii.....

Senarai laluan yang akan ditutup 9 Julai 2011 (Sabtu):

1. Lebuh ampang.                              
2. KLCC.                                              
3. Bank negara.                                      
4. Dataran Merdeka.                             
5. Sogo.                                               
6. Chow Kit.                                        
7. Menara Sultan Ismail.                       
8. Masjid Negara.                                  
9. Jalan Raja Chulan.                               
10. Jalan Ipoh.                                           
11. Sentul.                                            
12. Jalan TAR.                                            
13. Jalan P. Ramlee.                                    
14. Jalan Bandar.                                    
15. Subang Jaya (near Segi).              
16. Sunway Pyramid and Subang Parade.                                                  
17. Federal Highway.                             
18. LDP.                                               
19. KL-Seremban highway di Seri Kembangan.. 



jadi, marilah kita dok umah, mengemas, main game bagai, online FB 2 hari berturut-turut, makan, dan tido... senang kata JANGAN ADE AKTIVITI LUAR LANGSUNG. tuk keselamatan diri... sebagai langkah bjaga2... muahahahahah...


-meDeena-

Sunday, May 22, 2011

Hasad Dengki - Nape perlu menjatuhkan org?

hem.... da lama aku x menulis kt sini... but malam buta ni da xleh tido n teringat cerita yg aku dgr beberapa ari lalu, aku tpanggil tuk menulis disini... ya, aku pernah mhadapi situasi begini beberapa thn lalu.. Alhamdulillah berkat kesabaran akhirnya kebenaran terserlah dan segalanya selesai slps beberapa bulan aku bgelumang dgn tekanan dek kerana fitnah org...But now ia berlaku thadap salah seorg insan yg rapat dgn aku.. hem... teringat pula aku kisah lama, dan kisah2 dengki yg blaku terhadap org2 keliling aku selama ni...

Biasa kita dengar dimana mana juga, ade aje org yg dengki bila kita belajar lbh baik dr mereka, kerja lebih baik, gaji lebih besar, bisnes lbh untung, hidup lebih bahagia dan mcm2 lg sehingga mbuatkan ada pihak x btanggungjawab cuba menjatuhkan kita... mcm2 cara akan dlakukan dan mereka ini x akan berhenti sehingga mereka bjaya mcapai matlamat mereka.... mcm drama lak... bakar bisnes org, jaja cerita buruk org, buat fitnah dan mcm2 lg..

dalam idup ni mmg kita akan lalui bnyk perkara, suka duka, susah senang... tp benda yg paling aku benci ialah bila kita dpt kejayaan n kelebihan sedikit, maka mulalah muncul 'setan' jahat dr diri insan2 sekeliling yg cuba menjatuhkan kita, dek kerana dengki dgn ape yg kita ade... Persoalannya ialah, MENGAPA? mengapa perlu begitu? bukankan rezeki masing? usaha lebih, dpt la hasil lebih... usaha kurang, maka hasil juga jd kurang memberangsankan... mmg ada juga kdg2 org yg kurang berusaha, tp dpt kejayaan lbh besar dr org yg usaha bmati matian, but, nk buat mcm mana? tu da kira 'bahagian' dia... biar lah... btl x? nape perlu dengki?

aku paham, mmg sikap normal manusia akan rasa cemburu bila ade org lebih dr mereka... jd bila cemburu, kita sepatutnya cuba buat yg lebih baik hingga mencapai kejayaan spt yg dikecapi org tersebut. bukannya dengki, berusaha menjatuhkan org tersebut dgn memburuk burukkannya... ape sudah jadi? bila kita menjatuhkan org lain dgn cara begitu, adakah kita akan bjaya menjadi yg terbaik kelak? sudah tentu tidak.. sudah tentu kita akan terperangkap in our own pathetic life forever... dan xkan bjaya spi bila2...

bila menjadi mangsa hasad dengki ini, apekah yg ptt kita lakukan? diam? lawan? perbetulkan keadaan?

hem... kalo aku, aku akan diam dan sabar, lihat tahap mana benda jd... spi 1 tahap bila aku rasa sudah melampau, aku akan perbetulkan keadaan... dgn cara elok... jgn gaduh2... x guna... sbb kalo kita gaduh dgn org bodoh, kita juga akan nmpk bodoh... btl x?

apepun kita kene beringat... idup kita ni, kdg2 kt atas, kdg2 kt bawah... karma akan dtg mengejar kita... kalo kita dok hasad dengki kt org, 1 ari nnt org lak akan pedengki n jatuhkan kita... sudah2 la tu... hentikanlah... g la tambahkan usaha... pasti masa kita akan sampai juga...

sekian je la buat masa ini.. aku nk tido... ngantok beno lak ha...

Saturday, April 9, 2011

Punca2 Tsunami; Tahukah anda?













TSUNAMI yg agak kerap berlaku kebelakangan ni amat menakutkan dan menyentuh hati, kan... hem.... so aku buat la beberapa research ttg punca berlakunya Tsunami ni... ni info sikit2 la yg aku tau n sempat tulis... huhuhuhuh.... meh share info...   

Apa punca Tsunami?
Tsunami ialah ombak besar yang disebabkan oleh pergerakan tiba2 @ drastik pada dasar laut... Pergerakan dasar laut ini bleh berlaku disebabkan oleh Gempa Bumi, Tanah runtuh, Letusan gunung berapi yg kuat, dan hentaman komet ke dasar laut. Gelombang Tsunami ni plak bergerak merentasi lautan terbuka pada kadar kelajuan yg teramatlah lajunyer, dan ini mewujudkan ombak besar yg merbahaya di tepi pantai yg cetek. 

1. Gempa Bumi
ni adalah apa yg biasanya menyebabkan Tsunami. Gerakan berlaku pada zon terbenam "subduction zones" di mana kerak bumi @ "lithosphere" yg juga dikenali sbg plat tektonik bergerak melepasi antara 1 sama lain, bertembung sesama sendiri dan plat itu terbenam di bawah satu lagi plat yg lain (subduction). bila kepingan kerak bumi tu terbenam kedasar, pergerakannya jd tersekat2 - melekat sekejap pastu tergelincir. Bila ia terlekat pada tebing benua, tekananpun terhasil. Bila kawasan yg terlekat td terbebas, sebahagian daripada dasar laut plak melantun naik smula; sementara bahgian lain mungkin tenggelam. so ini mengakibatkan dasar lautan dengan tiba-tiba berubah kedudukan dan keseimbangannya serta menyebabkan air berkocak kuat. Gelombang akan terhasil dari prubahan jisim air, yang bertindak dibawah pengaruh graviti yang cuba untuk mengembalikan keseimbangan kedudukannya, mengakibatkan gelombang @ gerakan berombak di permukaan laut kawasan tersebut maka tsunami pun terhasil.. paham??? (kalo x phm, phm2kan la) huhhuhuhu.....Biasanya, gempa bumi berukuran sekurang kurangnya 7.5 skala rikter baru akan menghasilkan satu Tsunami pemusnah (ni yg biasa blaku di Asia Selatan)... wohooooo.... kalo gempa kecik2 ni x sgt la...

2. Tanah runtuh
kesan drpd runtuhan batu, runtuhan ais, @ runtuhan tanah dan mendapan scara tiba2 pd dasar laut, blh menyebabkan perubahan kedudukan air dan membentuk tsunami. Biasanya runtuhan tanah yg mengakibatkan tsunami ni adalah bpunca dr gempa bumi. Contoh mcm ape yg blaku di Selatan Perancis pada tahun 1980-an (nk tau lbh, g la Google)

3. Letupan @ Letusan Gunung Berapi
walaupun jarang belaku, letusan gunung berapi yg kuat blh menyebabkan perubahan kedudukan & keseimbangan air dgn mendadak. keadaan ni biasanya berlaku di Lautan Pasifik yg berada di kawasan “Ring of Fire” (dkt dgn Hawaii, g la Google). Tsunami terburuk blaku akibat Gunung berapi adalah pada 26.08.1883, yg mana meletusnya gunung berapi Krakatau di Indonesia. Ledakan ni menghasilkan ombak setinggi 135 kaki, memusnahkan bandar2 dan kampung2 di sepanjang pantai Selat Sunda ; Pulau Jawa dan Sumatera, membunuh 36,417 orang.

3. Hentaman Komet ke Dasar Laut

Tsunami yg dsebabkan asteroid, meteor, komet ni mmg ssh nk berlaku la. Belum pernah ada lg rekod tsunami berlaku dsebabkan komet ni... Tp para saintis percaya, kalau la komet ni jatuh ke dasar laut, perubahan kedudukan n keseimbangan air yg besar pasti berlaku dan membentuk tsunami. Para saintis tlah mbuat pengiraan, kalau la asteroid @ komet sebesar 5 - 6km diameter jatuh @ mhentam dasar laut besar spt Lautan Atlantik, akan terhasillah tsunami yg mampu bergerak ke Banjaran Appalachian di bahagian atas dua-pertiga dari Amerika Syarikat.


banyak lg citer n info psl tsunami ni... kita leh Google gak.... kita kena tau sedikit sebanyak la psl ni sbb negara kita pun pernah dlanda tsunami... mcm2 bencana alam blaku skrg... tempias gempa pun negara kita pernah rasakan... smua ni meningkatkan risiko blaku bmacam2 bencana lain pd masa akan dtg... plat bumi semakin beralih n kedudukan bumi beranjak... kita tentu x dpt elakkan benda ni dr blaku, x kira la apa pun yg kita lakukan. tp, sekurang kurangnya pemahaman ttg bencana2 ini dan persediaan awal menghadapinya, mungkin dpt meminimakan kesan n impaknya kelak...


ha... tu je la... penat plak.... bubuy...


Medeena

Tuesday, April 5, 2011

the decisions that we made for our own good may hurt others.. but......

hemmm..... well... hard to say la... kdg2 dlm idup ni, kita terpaksa buat sesuatu kputusan yg sukar... lebih2 lg bila terpaksa memilih antara "diri sendiri" @ "org lain"

bagaimana kalau kputusan @ tindakan yg kita buat utk kebaikan n kepentingan diri kita sendiri adalah suatu kputusan @ tindakan yg hanya akan memalukan, menjatuhkan maruah, menyakiti hati n perasaan org lain @ org yg rapat dgn kita @ org2 yg banyak membantu kita?

kalau kita pilih diri kita, kita akan dikatakan "selfish" "x kenang budi, lupa diri, lupa daratan, x jaga ati kwn2" dan mcm2 la.... sedangkan budi dan bantuan yg ditabur oleh mereka sebelum ni sudahpun kita balas semula dengan budi n bantuan yg kita beri kepada mereka... masih tidak cukupkah?

but if kita memilih untuk terus menjaga hati dan perasaan org lain, bagaimana dgn diri kita? sanggupkan kita korbankan kebahagiaan, masa depan, masa, duit, kerjaya, dan sebagainya semata mata utk menjaga hati org? hanya utk memuaskan hati mereka? hanya utk memenuhi kehendak mereka? adakan mereka lebih penting dr diri kita sendiri? dan sampai bila sanggup kita jd begini?

ape yg aku nk ckp kt sini ialah, mcm mane nk buat kptsn yg adil? kira "win - win situation" la.... hem... susah, kan... pening... 

argggg..... bukan kita x kenang jasa mereka, cuma.... kita terpaksa buat kputusan yg terbaik utk diri sendiri... bukan sebab kita benci mereka ke, marah ke, ape ke, xda... mereka memang baik, bagus, perfect, n slalu membantu kita (walaupun kadang2 mereka beri janji yg x pasti), tapi kita tau mereka akan cuba yg terbaik utk kotakan janji mereka (walaupun kadang2 delay.. hahhahhaha). cuma, sekarang, jika kita memilih utk menjaga kepentingan mereka, maka kita akan 'jatuh' tersembam di lantai, idup akan punah ranah n merana.  bagaimana? pada masa itu, tiada siapapun akan mampu membantu kita. bagaimana? masa depan kita akan hancur sama sekali. bagaimana?

Jadi, saat ini, jika kita terpaksa memilih "diri sendiri", kiranya lebih baik n adil, kan? ala2 bak kata kawan aku sorg ni la, die kata ni rambo yg kata "kill @ be killed"... huhuhhuu.... maaf sgt2... xda niat  tuk menyakiti hati sesapa, but, keputusan perlu dilakukan... jadi bagi pendapat aku, kita perlulah pilih "diri sendiri". kerana masa depan dan hala tuju kita ditentukan oleh diri kita sendiri. mmg kita memerlukan orang sekeliling tuk membantu kita berjaya, tp kejayaan juga besenarnya lebih bergantung kpd diri kita sendiri.... 

ok la... sekian sahaja bebelan aku buat kali ini....

selamat malam...

Monday, February 21, 2011

Apa itu Obsessive Compulsive Disorder (OCD)

Pernah x korg rasa gelisah terhadap sesuatu, obses @ ketaksuban melampau terhadap sesuatu yg cam x masuk akal? anda cuci tangan berkali2, da kuar umah korg balik smula nk cek umah da kunci lum, pastu kuar, pastu balik smula nk cek lg? update status FB selang beberapa minit sehingga jd beratus kali dlm sehari? 

sbnrna, jumlah org yg ade penyakit mental ni mmg ramai.. klu kt Amerika jek, 3% dr penduduknye mengalami OCD. ia bleh mpengaruhi baik lelaki @ pompuan dan blh start dr umur 6 tahun...
Ha... kt Malaysia maybe benda ni x wape popular. bukan kata org kita xda penyakit ni , cume sbb kita xtau apekah ia, tiada pendedahan, x sedar kita adalah slh sorg drnyer, @mungkin krane kurangnye bahan bacaan dlm bahase melayu ttg perkara ini.. yg kita tau cume "gila" @ tekanan. @ mental... OCD ni mmg adalah slh 1 penyakit mental. penyakit mental ni ade mcm2 jenis pun... tp xpa, kal ni kita ckp psl OCD je... just nk share ape yg aku tau sikit2 jek la. jgn la ingat aku ni Hebat sgt, aku bukan pakar pun. maybe ade yg btl n ada yg x wape nk tepat.. cuma tertarik nk ckp psl topik ni. maklum la, tkt kot2 aku pun ade OCD gak.. hahahah... dan aku slalu tgk cite2 ompoteh Criminal Minds, NCIS, Mentalist dan lain2 yg bnyk mceritakan ttg gejala2 n perilaku si OCD ni. so aku ckp bdasarkan pengalaman dan siasatan (cheh) melalui ape yg aku penah tgk dan bace...

Ape itu OCD?
ia adalah gangguan bpotensi melemahkan yg dsebabkan oleh OBSESI & DORONGAN.. Obsesi ialah PIKIRAN BERULANG ULANG (buat sesuatu berulang kali) yang tidak diingini.  fikiran si OCD ni terganggu dgn rasa keGELISAHan berpanjangan, dan rasa KERAGUAN thadap sesuatu, BIMBANG yg melampau terhadap idup mereka, rasa tekanan, pikiran @ gambaran berulang2 terhadap sesuatu yg menakutkan, pelik n luar biasa dan mereka xleh kawal. Gangguan pikiran ini la yg menjurus (ewah2 bahasa xleh blah) kpd mereka melakukan tindakan yg aneh & x rasional. Tindakan ini dipanggil "dorongan" yg akan mengurangkan rase gelisah yg dsebabkan pemikiran obsesif si OCD ni td.. .

Punca
ade bukti yg menunjukkan bhw penyakit ini adalah penyakit turun temurun.  ade gak kajian mengatakan ia dsebabkan ketidakseimbangan kimia dalam otak yang menyebabkan masalah komunikasi antara bahagian depan otak (lobus frontal) dan bahagian lebih dalam otak yang bertanggung jawab atas perilaku berulang (nk tau lbh lanjut g bace kt mane2 la ek)

Diagnosis
si OCD ni malu dgn masalah mereka, so dieorg akan menyembunyikan gejala2 OCD mereka, & mengelak mcari rawatan. bila x dptkan rawatan, lama kelamaan perilaku mereka ni jd sebati dlm diri n xleh diubah lg. 

Antara Contoh perilaku OCD
1. mencuci tangan @ sesuatu berulang kali @ menyental badan berulang kali krn mereka takutkan kekotoran @ kuman

2.  memeriksa plak, suis, kunci rumah, lock keta berulang kali sbb mereka takut akan mendatangkan bahaya kpd diri n org lain, padahal br jap td da cek.

3.  'ragu2' n takutkan dosa, bg mereka kalo dieorg x buat sesuatu dgn sempurna @ bersungguh2, sesuatu yg buruk akan blaku n mereka akan dihukum

4. ada gak yg pntgkan kekemasan. setiap barang dirumah mereka cthnya mesti diatur dgn baik, xleh tukar2, klu org tkr die akan naik angin

 5.  asyik "checking" org yg mereka syg berkali2  tuk pastikan org tersayang tu slamat, dan sanggup buat apa sj tuk pastikan org tsayang selamat

6. menghitung atau mengulangi kata2 tertentu @ buat perkara2 yg x masuk akal

7. update status FB setiap beberapa minit sbb mereka nk org tau apa yg mereka lakukan 

OCD ini merbahaya... maybe kita x perasan kita juga penghidapnya. baik dptkan rawatan terapi n ubat secepat mungkin sblm ia menyebabkan masalah lain. jgn malu... bnyk lg story psl OCD ni. maybe kita leh membaca cari bahan2 supaya kita lbh memahaminya... beberapa thn lalu, ade sorg artis popular negara kita ni pun dmasukkan ke spital sbb OCD tau...

so tu je la... nk cerita psl OCD ni banyak beno kalo ikutkan... penat... korg nk tau lebih, g la cari bahan bacaan sane... ngeeeee..... bubuy.... 

-Medeena-